Atas » Katalog » Produk Rawatan Selepas Bersalin »


Pakej Tungku Moden & Mandian Herba Aura
Untitled Document

Didalam pakej ini anda akan menerima

tungku bersalin Tungku moden bernilai RM120 RM100

tungku bersalin 3 uncang Mandian Herba bernilai RM29.90 RM24.90

tungku bersalin Percuma! Panduan Bertungku Selepas Bersalin Cesarean - Bernilai RM14.90

Anda jimat RM39.90!

Ikuti penerangan produk dibawah.

Sukar mencari tungku bagi digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?

Anda tidak suka menggunakan tungku batu yang boleh menyebabkan tilam dan kain terbakar akibat dari batu menjadi terlalu panas?

Anda inginkan tungku yang selamat digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?

Kini anda tidak perlu risau lagi. Penyelesaiannya kini ada dengan TUNGKU MODEN!

Sudah menjadi amalan dikalangan masyarakat Melayu untuk bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Tungku yang digunakan biasanya dari batu sungai yang berbentuk bulat. Namun begitu di zaman moden ini agak sukar untuk mendapatkan batu sungai lagi. Ditambah pula, jika ada batu sungai untuk bertungku, ia perlu dipanaskan diatas api dan dibalut dengan kertas dan kain sebelum boleh digunakan bagi mengelakkan dari batu membakar baju dan kulit (kerana ia sangat panas) dan juga agar kepanasannya bertahan lama.

Begitu juga dengan tungku herba yang dipanaskan dengan cara stim (wap). Panas tungku tidak bertahan lama dan memerlukan masa yang agak lama untuk memanaskan tungku agar ia benar-benar panas sebelum boleh digunakan.

Tungku moden ini sangat sesuai digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin untuk memanaskan bahagian badan seperti :

herba mandian Tapak kaki
herba mandian Bahagian perut
herba mandian Pinggang
herba mandian Bahagian punggung
herba mandian Belakang badan
herba mandian Mana-mana bahagian badan yang terasa sengal dan sakit

Sememangnya tungku moden ini adalah pengganti yang sesuai bagi tungku tradisional. Bukan itu saja, Tungku Moden ini juga boleh digunakan untuk :

 

herba mandian Ibu / wanita yang baru lepas keguguran
herba mandian Demam dan lemah badan
herba mandian Digunakan sewaktu senggugut bagi meredakan sakit perut
herba mandian Meredakan kembung perut
herba mandian Dituam pada bahagian yang bengkak (contohnya terseliuh) untuk meredakan bengkak

Sememangnya kami di mamamodern.com sentiasa ingin menawarkan yang terbaik kepada anda pelanggan kami.

Berikut adalah ciri-ciri menarik tungku moden berbanding tungku batu (tungku tradisional) dan tungku herba

Ciri-ciri Tungku Moden Tungku Batu (Tradisional) Tungku Herba
Cara untuk memanaskan tungku Menggunakan Elektrik Menggunakan api dapur Menggunakan cara mengewap (stim)
Tempoh untuk memanaskan tungku 5 ke 8 minit 10 minit ke 15 minit Sehingga 20 minit
Panas tungku tahan selama 30 minit ke 1 jam 30 minit ke 1 jam (jika dibalut dengan kertas yang tebal 15 ke 20 minit sahaja
Berat Tungku 1 kilogram. Tungku seberat ini sesuai untuk ibu yang baru bersalin kerana mudah untuk diangkat. Berat tungku moden juga tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. Berat tungku batu bergantung kepada besar tungku. Makin besar, makin beratlah terasa tungku itu

Sangat ringan. Malahan bagi sesetengah individu, mereka perlu menekan tungku ke bahagian badan yang perlu ditungku agar terasa panas tungku.

Lain-lain ciri istimewa Boleh diletak pada bahagian badan yang ingin dipanaskan tanpa perlu dibalut dengan kertas. Cukup dengan meletakkan tungku diatas pakaian yang anda sedang pakai sahaja Mesti dibalut dengan kertas bagi mengelakkan kulit melecur dan baju terbakar kesan dari panas batu  
  Tidak membakar dan merosakkan pakaian anda Tungku batu perlu dibalut dengan kertas dan kain yang tebal. Namun begitu, jika batu terlalu panas, ia tetap membakar kertas dan kain yang membalutnya. Pengalaman saya sendiri sewaktu didalam pantang selepas bersalin, cadar dan tilam sedikit hangus kerana batu yang dijadikan tungku telah dipanaskan dengan lama dan menjadi terlalu panas sehingga membakar kertas dan kain yang membalutnya.. kemudian membakar tilam dan cadar tempat saya meletakkan tungku tersebut  
  Selamat digunakan Jika terlebih lama tungku dipanaskan, batu boleh pecah.  
  Mudah dibawa kemana-mana - anda boleh gunakannya sewaktu bekerja pejabat. Jadi ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang baru keguguran dan tidak mendapat cuti sakit yang lama    
  Kandungan didalam tungku ialah cecair yang menyerap dan memerangkap haba   Kandungan didalam tungku ialah campuran herba yang mengeluarkan bau
 
Bahagian luar dibalut dengan kain yang tebal dan tahan lasak
   

Oleh kerana sebab-sebab diatas, kami mencadangkan agar anda menggunakan tungku moden untuk memanas dan melegakan badan terutama selepas bersalin.

Cara untuk memanaskan Tungku Moden

 

tungku lepas bersalin tungku moden

KOLEKSI TERBARU TUNGKU BERSALIN

1. Tungku Moden - Bunga Mawar Warna Coklat

tungku bersalin

 

2. Tungku Moden - Bunga Mawar Warna Merah

tungku bersalin

 

 

Panaskan tungku moden dengan cara mengecas dengan elektrik selama 5 ke 8 minit seperti gambar diatas. Tungku Moden sedia digunakan. Mudah sekali bukan?

 

Dengan setiap pembelian Tungku Moden, anda akan menerima :

chech button Satu Tungku Moden berbentuk seperti bantal kecil. Isi didalam tungku ialah sejenis cecair yang memerangkap dan menyimpan haba

chech button Beg / uncang untuk Tungku Moden - jadi anda boleh bawa tungku moden ini kemana sahaja

chech button Plug untuk charge Tungku Moden

Nota : Berat Tungku Moden ini ialah 1 kg

 

Tips :

1. Bagi ibu-ibu yang didalam pantang selepas bersalin, anda boleh juga masukkan daun-daun wangi seperti daun pandan, daun serai wangi, daun sireh, daun mengkudu, daun lengkuas atau mana-mana daun herba sebagai aromaterapi ke dalam beg Tungku Moden dan guna daun-daun ini sewaktu bertungku. Bau harum yang dikeluarkan dari daun apabila terkena panas tungku pasti akan membantu anda agar terasa lebih segar :)

2. Semestinya Tungku Moden ini juga boleh digunakan bagi mereka yang bersalin cesarean

****************************************

Didalam pakej ini juga anda akan menerima herba mandian aura...

 

Ingin segarkan badan selepas bersalin dengan mandian herba tapi sukar untuk mendapatkan bekalan daunnya?

Ingin kembali ceria selepas bersalin dengan haruman segar dari mandian herba?

Anda tinggal dibandar yang sememangnya tiada bekalan daun herba untuk mandian selepas bersalin?

Penyelesaiannya ada disini...

Memperkenalkan herba mandian aura yang diformulasi istimewa dan boleh digunakan sebagai mandian bagi ibu didalam pantang selepas bersalin.

Khasiat dan kegunaan herba mandian aura :

tungku bersalin Untuk membuang angin didalam badan

tungku bersalin Untuk menyegarkan urat saraf

tungku bersalin Untuk menyegarkan badan, memulihkan tenaga yang lemah dan menghilangkan stress

tungku bersalin Untuk menghilangkan bau badan

tungku bersalin Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu

tungku bersalin Membantu mengatasi masalah kebas-kebas dan sengal tulang, sendi dan otot badan sewaktu didalam pantang

Kami hanya menawarkan yang terbaik bagi anda pelanggan kami.

Herba mandian aura ini sememangnya patut dimiliki oleh setiap wanita yang bakal bersalin kerana :

herba mandian

 

Mudah digunakan

Herba mandian aura ini dibungkus didalam uncang seperti teh tetapi dalam saiz yang lebih besar (sebesar separuh kertas A4). Dengan ini anda tidak perlu mengikat daun bersama rantingnya satu persatu sebelum daun herba direbus tetapi cukup dengan hanya memasukkan uncang kedalam periuk yang berisi air.

 

herba mandian

 

Tahan Lama

Ya, herba mandian aura ini tahan lama kerana daun herba yang digunakan telah dikeringkan tanpa menjejaskan khasiatnya. Dengan ini anda tidak perlu risau untuk menyimpannya untuk tempoh yang lama dan menggunakannya apabila perlu asal sahaja ia disimpan ditempat yang kering.

 

herba mandian

 

Sangat Praktikal

Oleh kerana ia dibungkus didalam uncang, daun herba hanya terkumpul didalam uncang. Dengan ini anda tidak lagi perlu menapis air rebusan setiap kali selepas herba mandian direbus sebelum digunakan untuk mandi.

 

herba mandian

 

Menjimatkan!

Ya, ia menjimatkan! Setiap uncang mandian herba ini boleh digunakan untuk 2 ke 3 kali rebusan. Dengan harga RM29.90 untuk 3 uncang herba mandian aura ini, ia boleh digunakan sehingga 7 ke 8 kali mandian, sememangnya ia berbaloi untuk anda miliki!

 

herba mandian

 

Pelbagai kegunaan

Ya, selain dari sebagai mandian selepas bersalin, herba mandian aura ini juga boleh digunakan untuk sauna. Caranya rebus herba mandian sehingga mendidih dan wapnya boleh digunakan untuk bersauna.

 

Bukan itu saja, saya dapati herba mandian ini juga memberikan kebaikan berikut :

herba mandian

 

Menjimatkan masa

Kini anda tidak lagi perlu memikirkan apakah daun herba yang boleh digunakan sebagai mandian sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Semua herba terpilih ini kini tersedia didalam satu uncang dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

 

herba mandian

 

Sangat Ringan

Jadi ia boleh boleh dibawa kemana-mana sahaja. Bagi mereka yang baru bersalin sememangnya tidak digalakkan mengangkat barang yang berat. Tetapi oleh kerana herba mandian ini ringan sahaja maka ia boleh diangkat oleh mereka.

 

herba mandian

 

Bau wangi yang bertahan lama

Jika anda mahu, herba mandian ini boleh diletakkan didalam bilik sebelum ia digunakan. Pasti bilik anda berbau wangi dan harum.

 

herba mandian

 

Boleh digunakan oleh sesiapa sahaja

Herba mandian aura ini tidak terhad penggunaannnya kepada mereka yang baru lepas bersalin sahaja. Tetapi ia juga boleh digunakan untuk mereka yang ingin mengembalikan kesegaran badan dan menghilangkan stress.

 

herba mandian

 

Sebagai aromaterapi

Bau herba mandian aura yang harum dan menyegarkan pasti membantu menenangkan perasaan anda seterusnya membantu anda untuk sembuh dengan lebih cepat selepas bersalin.

 

 

herba mandian

 

Ramuan herba mandian aura adalah dari campuran daun-daun herba terpilih yang berikut :

  • Serai wangi
  • Daun pandan
  • Meringan
  • Chapa
  • Inai
  • Kunyit / Halia bara
  • Pisang kelat

Cara Penyediaan Herba Mandian Aura:

  1. Rebus dengan 3 gayung air
  2. Biarkan hingga mendidih.
  3. Kemudian air rebusan bolehlah dicampur dengan air sejuk sehingga menjadi suam atau mengikut kepanasan yang diinginkan
  4. Sebungkus herba mandian ini boleh digunakan sehingga 2 ke 3 kali rebusan atau sehingga ia tidak mengeluarkan warna lagi.
  5. Untuk mandi, seeloknya dimulakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga keatas seterusnya keseluruh anggota badan termasuk kepala
  6. Keringkan herba mandian ditempat panas atau ditempat yang berangin setiap kali selepas direbus untuk kegunaan seterusnya.

Dapatkan pakej Tungku Moden dan Herba Mandian Aura sekarang juga!



RM169.80 RM129.90
Produk ini dimasukkan kedalam katalog kami pada Thursday 26 March, 2009.
Review


Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli


Pakej Herba Mandian Sauna dan Aura

Pakej Herba Mandian Sauna dan Aura



Bra Menyusu - Warna Coklat dengan bukaan butang depan

Bra Menyusu - Warna Coklat dengan bukaan butang depan



Herba Mandian Aura - pakej 3 uncang

Herba Mandian Aura - pakej 3 uncang





Maternity Bra - WARNA PUTIH dengan sulam (2 HELAI)

Maternity Bra - WARNA PUTIH dengan sulam (2 HELAI)





Coli Menyusu ~ warna Peach dengan bukaan butang - 2 helai

Coli Menyusu ~ warna Peach dengan bukaan butang - 2 helai





Pemanggang Ikan bersama pelapik

Pemanggang Ikan bersama pelapik

Pilih Bahasa
Malay English
Matawang
Kategori
Troli Beli Belah
  0 item
Maklumat
Akaun Saya
Apa yang Terbaru?
MELATI nursing bra - warna peach & lace
RM39.90     RM29.90
Pemberitahuan
Pemberitahuan Beritahu saya tentang kemaskini kepada Pakej Tungku Moden & Mandian Herba Aura
Affiliate
Undian
Nursing bra manakah yang lebih anda suka?
Ada underwire
Tiada underwire