Atas » Katalog » Produk Rawatan Selepas Bersalin »


Herba Mandian Sauna
Untitled Document

Campuran herba istimewa untuk mandian didalam pantang selepas bersalin normal atau cesarean

Antara amalan dan penjagaan selepas bersalin yang masih diamalkan sehingga kini dikalangan masyarakat melayu ialah mandi dengan rebusan daun herba sewaktu didalam tempoh berpantang. Saya juga telah mempraktikkan cara mandi ini sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana setiap kali selepas mandi dengan rebusan daun herba, badan akan terasa lebih segar. Bukan itu saja, pengaliran dan pengeluaran susu juga menjadi lebih lancar.

Namun begitu dizaman moden ini, sememangnya sukar sekali untuk mendapatkan daun-daun herba untuk rebusan mandian bagi ibu selepas bersalin terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. Ini juga berlaku kepada saya sewaktu bersalin dahulu. Setiap kali hendak bersalin saya pasti berpesan kepada ibu saya dikampung untuk membawakan daun herba mandian. Walaupun begitu, daun-daun tersebut hanya tahan beberapa hari sahaja dan selepas itu tidak dapat digunakan lagi kerana telah menjadi busuk dan bertukar warna.

Kini anda tidak perlu mengalami masalah yang sama seperti saya. Memperkenalkan Herba Mandian Sauna yang diformulasi khas sebagai ramuan mandi bagi ibu selepas bersalin.

Herba mandian sauna merupakan campuran bahan-bahan berikut (antaranya) :

 

herba mandian sauna

  • Daun serai wangi
  • Daun Pandan
  • Daun Jambu Batu
  • Daun Jambu Air
  • Daun Lempuyang
  • Daun Mengkudu
  • Campuran Akar-akar kayu
  • Berbagai campuran kulit pepohon herba
  • Dan berbagai jenis dedaun herba lagi

Campuran daun-daun diatas telah melalui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Tujuan pengeringan adalah supaya daun-daun tersebut tahan lama, tidak busuk dan tidak reput. Malahan sebenarnya ia tetap berfungsi seperti daun yang segar.

Bagi akar kayu dan kulit pepohon herba pula telah dibersihkan dan dikeringkan agar tidak mudah dijangkiti kulat. Campuran daun dan akar kayu ini sebenarnya adalah dari resipi warisan turun temurun yang mana khasiatnya telah terbukti dengan pengalaman bertahun-tahun dalam penyediaan barangan herba bersalin berasaskan bahan alamiah.

 

Khasiat dan kegunaan herba mandian sauna :

  • Untuk membuang angin didalam badan
  • Untuk menyegarkan urat saraf
  • Untuk menyegarkan badan dan memulihkan tenaga yang lemah
  • Untuk menghilangkan bau badan
  • Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
  • Sebagai aromaterapi

 

Cara Penyediaan :

  1. Basuh campuran herba mandian dengan air.
  2. kemudian rebus dengan 3 liter air
  3. Biarkan hingga mendidih.
  4. Kemudian air rebusan bolehlah ditapis dan dicampur dengan air biasa mengikut kepanasan yang diinginkan
  5. Sebungkus herba mandian ini boleh digunakan sehingga 5 kali rebusan atau sehingga ia tidak mengeluarkan warna lagi.
  6. Untuk mandi, seeloknya dimulakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga keatas seterusnya keseluruh anggota badan termasuk kepala.

** herba mandian ini juga boleh digunakan untuk mandi sauna - iaitu dengan cara wap / stim

Berat setiap sebungkus - 100g

Dapatkan herba mandian sauna sekarang untuk mengembalikan kesegaran diri anda selepas bersalin!

ps : pssttttttt......... puas saya cuba memujuk mak cik yang membekalkan herba mandian ini untuk memberikan senarai lengkap nama daun-daun dan akar kayu yang digunakan. Tapi sampai sekarang masih tidak berjaya. Rahsia bisnes keluarga katanya :(

pps : Herba mandian sauna ini juga dibuka untuk pembelian secara borong / reseller



RM29.90
Produk ini dimasukkan kedalam katalog kami pada Monday 02 February, 2009.
Review


Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli


Losyen Herba Sireh

Losyen Herba Sireh



Sup Haruan Segera - sesuai untuk ibu selepas bersalin cesarean

Sup Haruan Segera - sesuai untuk ibu selepas bersalin cesarean



Bra Menyusu - (Pink dengan butang bukaan depan) - 2 helai

Bra Menyusu - (Pink dengan butang bukaan depan) - 2 helai





Pemanggang Ikan bersama pelapik

Pemanggang Ikan bersama pelapik





Bra Menyusu - Warna Coklat dengan bukaan butang depan

Bra Menyusu - Warna Coklat dengan bukaan butang depan





Pakej Tungku Moden & Mandian Herba Aura

Pakej Tungku Moden & Mandian Herba Aura

Pilih Bahasa
Malay English
Matawang
Kategori
Troli Beli Belah
1 x Bra Extender 2 hook ~ putih & coklat
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & hitam
1 x Herba Mandian Aura
1 x Pemanggang Ikan bersama pelapik
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & putih
RM47.73

View My Cart
Maklumat
Akaun Saya
Apa yang Terbaru?
Maternity Bra - WARNA PUTIH dengan sulam
RM34.90     RM29.90
Pemberitahuan
Pemberitahuan Beritahu saya tentang kemaskini kepada Herba Mandian Sauna
Affiliate
Undian
Nursing bra manakah yang lebih anda suka?
Ada underwire
Tiada underwire