Untitled Document
Dengan setiap pembelian dari pakej ini anda akan menerima :
Bonus PERCUMA! |
Bonus 1 - Sarung tungku dalam bentuk uncang berwarna hitam bernilai RM9.90

Uncang ini boleh digunakan untuk mengisi tungku moden dan wayar tungku. Dengan adanya uncang ini tungku moden berserta wayar sedia untuk dibawa ke mana sahaja termasuk ke pejabat.
Uncang ini juga memudahkan anda untuk memegang tungku sewaktu ia masih panas |
Bonus 2 -Sarung tungku berwarna biru bernilai RM9.90

Sarung ini juga boleh digunakan untuk memegang tungku sewaktu ia masih panas.
|
Bonus 3 - Kupon diskaun sebanyak 25% untuk pembelian tungku bayi

Kupon diskaun ini melayakkan anda menikmati diskaun sebanyak 25% untuk pembelian Tungku Bayi tertakluk kepada syarat & terma berikut :
Kupon sah selama 30 hari sahaja dari tarikh pembelian dari bengkungmoden.com
Kupon ini melayakkan anda menerima diskaun sebanyak 25% untuk pembelian tungku bayi. Harga asal tungku ialah RM28 dan harga selepas diskaun ialah RM21.

Kelebihan tungku bayi :
Boleh dipanaskan dengan tungku moden atau dengan seterika
Tahan lama kerana rempah yang digunakan telah dikeringkan sebelum dibungkus
Boleh digunakan untuk mengurangkan kembung perut dan untuk mengurangkan bengkak dari kesan suntikan imunisasi bayi anda
Setiap pembelian tunku bayi akan disertakan uncang kecil sebagai tempat menyimpan tungku. Dengan adanya uncang ini anda menggantung tungku ditempat yang mudah lihat
|
Bonus 4 - Ebook Panduan Bertungku Selepas Bersalin Cesarean - Bernilai RM14.90

Laporan setebal 14 mukasurat ini memberikan panduan dan cara-cara bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Disertakan juga gambar cara bertungku dan tips bertungku sambil menyusukan bayi anda. Turut disertakan ialah bonus bagaimana mengenali tanda-tanda rahim jatuh atau dalam bahasa perubatan disebut sebagai prolaps, dan tips bagi mencegah dari berlakunya masalah rahim jatuh.
** Anda jimat RM39.90! **
|
Ikuti penerangan produk dibawah :
Sukar mencari tungku bagi digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?
Anda tidak suka menggunakan tungku batu yang boleh menyebabkan tilam dan kain terbakar akibat dari batu menjadi terlalu panas?
Anda inginkan tungku yang selamat digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin?
Kini anda tidak perlu risau lagi. Penyelesaiannya kini ada dengan TUNGKU MODEN!
Sudah menjadi amalan dikalangan masyarakat Melayu untuk bertungku sewaktu didalam pantang selepas bersalin. Tungku yang digunakan biasanya dari batu sungai yang berbentuk bulat. Namun begitu di zaman moden ini agak sukar untuk mendapatkan batu sungai lagi. Ditambah pula, jika ada batu sungai untuk bertungku, ia perlu dipanaskan diatas api dan dibalut dengan kertas dan kain sebelum boleh digunakan bagi mengelakkan dari batu membakar baju dan kulit (kerana ia sangat panas) dan juga agar kepanasannya bertahan lama.
Begitu juga dengan tungku herba yang dipanaskan dengan cara stim (wap). Panas tungku tidak bertahan lama dan memerlukan masa yang agak lama untuk memanaskan tungku agar ia benar-benar panas sebelum boleh digunakan.
Tungku moden ini sangat sesuai digunakan sewaktu didalam pantang selepas bersalin untuk memanaskan bahagian badan seperti :
 |
Tapak kaki |
 |
Bahagian perut |
 |
Pinggang |
 |
Bahagian punggung |
 |
Belakang badan |
 |
Mana-mana bahagian badan yang terasa sengal dan sakit |
Sememangnya tungku moden ini adalah pengganti yang sesuai bagi tungku tradisional. Bukan itu saja, Tungku Moden ini juga boleh digunakan untuk :
 |
Ibu / wanita yang baru lepas keguguran |
 |
Demam dan lemah badan |
 |
Digunakan sewaktu senggugut bagi meredakan sakit perut |
 |
Meredakan kembung perut |
 |
Dituam pada bahagian yang bengkak (contohnya terseliuh) untuk meredakan bengkak |
Sememangnya kami di mamamodern.com sentiasa ingin menawarkan yang terbaik kepada anda pelanggan kami.
Berikut adalah ciri-ciri menarik tungku moden berbanding tungku batu (tungku tradisional) dan tungku herba
| Ciri-ciri |
Tungku Moden |
Tungku Batu (Tradisional) |
Tungku Herba |
| Cara untuk memanaskan tungku |
Menggunakan Elektrik |
Menggunakan api dapur |
Menggunakan cara mengewap (stim) |
| Tempoh untuk memanaskan tungku |
5 ke 8 minit |
10 minit ke 15 minit |
Sehingga 20 minit |
| Panas tungku tahan selama |
Sejam setengah ke 2 jam |
30 minit ke 1 jam (jika dibalut dengan kertas yang tebal |
15 ke 20 minit sahaja |
| Berat Tungku |
1.6 kilogram. Tungku seberat ini sesuai untuk ibu yang baru bersalin kerana mudah untuk diangkat. Berat tungku moden juga tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan. |
Berat tungku batu bergantung kepada besar tungku. Makin besar, makin beratlah terasa tungku itu |
Sangat ringan. Malahan bagi sesetengah individu, mereka perlu menekan tungku ke bahagian badan yang perlu ditungku agar terasa panas tungku. |
| Lain-lain ciri istimewa |
Boleh diletak pada bahagian badan yang ingin dipanaskan tanpa perlu dibalut dengan kertas. Cukup dengan meletakkan tungku diatas pakaian yang anda sedang pakai sahaja |
Mesti dibalut dengan kertas bagi mengelakkan kulit melecur dan baju terbakar kesan dari panas batu |
|
| |
Tidak membakar dan merosakkan pakaian anda |
Tungku batu perlu dibalut dengan kertas dan kain yang tebal. Namun begitu, jika batu terlalu panas, ia tetap membakar kertas dan kain yang membalutnya. Pengalaman saya sendiri sewaktu didalam pantang selepas bersalin, cadar dan tilam sedikit hangus kerana batu yang dijadikan tungku telah dipanaskan dengan lama dan menjadi terlalu panas sehingga membakar kertas dan kain yang membalutnya.. kemudian membakar tilam dan cadar tempat saya meletakkan tungku tersebut |
|
| |
Selamat digunakan |
Jika terlebih lama tungku dipanaskan, batu boleh pecah. |
|
| |
Mudah dibawa kemana-mana - anda boleh gunakannya sewaktu bekerja pejabat. Jadi ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang baru keguguran dan tidak mendapat cuti sakit yang lama |
|
|
| |
Kandungan didalam tungku ialah cecair yang menyerap dan memerangkap haba |
|
Kandungan didalam tungku ialah campuran herba yang mengeluarkan bau |
| |
Bahagian luar dibalut dengan kain yang tebal dan tahan lasak |
|
|
Oleh kerana sebab-sebab diatas, kami mencadangkan agar anda menggunakan tungku moden untuk memanas dan melegakan badan terutama selepas bersalin.
Cara untuk memanaskan Tungku Moden

Panaskan tungku moden dengan cara mengecas dengan elektrik selama 5 ke 8 minit seperti gambar diatas. Tungku Moden sedia digunakan. Mudah sekali bukan?
Dengan setiap pembelian Tungku Moden, anda akan menerima :
Satu Tungku Moden berbentuk seperti bantal kecil. Isi didalam tungku ialah sejenis cecair yang memerangkap dan menyimpan haba
Beg / uncang untuk Tungku Moden - jadi anda boleh bawa tungku moden ini kemana sahaja
Plug untuk charge Tungku Moden
Nota : Berat Tungku Moden ini ialah 1.6 kg
Tips :
1. Bagi ibu-ibu yang didalam pantang selepas bersalin, anda boleh juga masukkan daun-daun wangi seperti daun pandan, daun serai wangi, daun sireh, daun mengkudu, daun lengkuas atau mana-mana daun herba sebagai aromaterapi ke dalam beg Tungku Moden dan guna daun-daun ini sewaktu bertungku. Bau harum yang dikeluarkan dari daun apabila terkena panas tungku pasti akan membantu anda agar terasa lebih segar :)
2. Semestinya Tungku Moden ini juga boleh digunakan bagi mereka yang bersalin cesarean
Didalam pakej ini juga terdapat :
Campuran herba istimewa untuk mandian didalam pantang selepas bersalin normal atau cesarean
Antara amalan dan penjagaan selepas bersalin yang masih diamalkan sehingga kini dikalangan masyarakat melayu ialah mandi dengan rebusan daun herba sewaktu didalam tempoh berpantang. Saya juga telah mempraktikkan cara mandi ini sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana setiap kali selepas mandi dengan rebusan daun herba, badan akan terasa lebih segar. Bukan itu saja, pengaliran dan pengeluaran susu juga menjadi lebih lancar.
Namun begitu dizaman moden ini, sememangnya sukar sekali untuk mendapatkan daun-daun herba untuk rebusan mandian bagi ibu selepas bersalin terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. Ini juga berlaku kepada saya sewaktu bersalin dahulu. Setiap kali hendak bersalin saya pasti berpesan kepada ibu saya dikampung untuk membawakan daun herba mandian. Walaupun begitu, daun-daun tersebut hanya tahan beberapa hari sahaja dan selepas itu tidak dapat digunakan lagi kerana telah menjadi busuk dan bertukar warna.
Kini anda tidak perlu mengalami masalah yang sama seperti saya. Memperkenalkan Herba Mandian Sauna yang diformulasi khas sebagai ramuan mandi bagi ibu selepas bersalin.
Herba mandian sauna merupakan campuran bahan-bahan berikut (antaranya) :

- Daun serai wangi
- Daun Pandan
- Daun Jambu Batu
- Daun Jambu Air
- Daun Lempuyang
- Daun Mengkudu
- Campuran Akar-akar kayu
- Berbagai campuran kulit pepohon herba
- Dan berbagai jenis dedaun herba lagi
Campuran daun-daun diatas telah melalui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Tujuan pengeringan adalah supaya daun-daun tersebut tahan lama, tidak busuk dan tidak reput. Malahan sebenarnya ia tetap berfungsi seperti daun yang segar.
Bagi akar kayu dan kulit pepohon herba pula telah dibersihkan dan dikeringkan agar tidak mudah dijangkiti kulat. Campuran daun dan akar kayu ini sebenarnya adalah dari resipi warisan turun temurun yang mana khasiatnya telah terbukti dengan pengalaman bertahun-tahun dalam penyediaan barangan herba bersalin berasaskan bahan alamiah.
Khasiat dan kegunaan herba mandian sauna :
- Untuk membuang angin didalam badan
- Untuk menyegarkan urat saraf
- Untuk menyegarkan badan dan memulihkan tenaga yang lemah
- Untuk menghilangkan bau badan
- Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
- Sebagai aromaterapi
Cara Penyediaan :
- Basuh campuran herba mandian dengan air.
- kemudian rebus dengan 3 liter air
- Biarkan hingga mendidih.
- Kemudian air rebusan bolehlah ditapis dan dicampur dengan air biasa mengikut kepanasan yang diinginkan
- Sebungkus herba mandian ini boleh digunakan sehingga 5 kali rebusan atau sehingga ia tidak mengeluarkan warna lagi.
- Untuk mandi, seeloknya dimulakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga keatas seterusnya keseluruh anggota badan termasuk kepala.
** herba mandian ini juga boleh digunakan untuk mandi sauna - iaitu dengan cara wap / stim
Berat setiap sebungkus - 100g
Dapatkan herba mandian sauna sekarang untuk mengembalikan kesegaran diri anda selepas bersalin!
ps : pssttttttt......... puas saya cuba memujuk mak cik yang membekalkan herba mandian ini untuk memberikan senarai lengkap nama daun-daun dan akar kayu yang digunakan. Tapi sampai sekarang masih tidak berjaya. Rahsia bisnes keluarga katanya :(
Dapatkan pakej tungku moden dan herba mandian sauna sekarang juga!
RM164.80 RM126.90