Untitled Document
Campuran herba istimewa untuk mandian didalam pantang selepas bersalin normal atau cesarean
Antara amalan dan penjagaan selepas bersalin yang masih diamalkan sehingga kini dikalangan masyarakat melayu ialah mandi dengan rebusan daun herba sewaktu didalam tempoh berpantang. Saya juga telah mempraktikkan cara mandi ini sewaktu didalam pantang selepas bersalin kerana setiap kali selepas mandi dengan rebusan daun herba, badan akan terasa lebih segar. Bukan itu saja, pengaliran dan pengeluaran susu juga menjadi lebih lancar.
Namun begitu dizaman moden ini, sememangnya sukar sekali untuk mendapatkan daun-daun herba untuk rebusan mandian bagi ibu selepas bersalin terutama bagi mereka yang tinggal di bandar. Ini juga berlaku kepada saya sewaktu bersalin dahulu. Setiap kali hendak bersalin saya pasti berpesan kepada ibu saya dikampung untuk membawakan daun herba mandian. Walaupun begitu, daun-daun tersebut hanya tahan beberapa hari sahaja dan selepas itu tidak dapat digunakan lagi kerana telah menjadi busuk dan bertukar warna.
Kini anda tidak perlu mengalami masalah yang sama seperti saya. Memperkenalkan Herba Mandian Sauna yang diformulasi khas sebagai ramuan mandi bagi ibu selepas bersalin.
Herba mandian sauna merupakan campuran bahan-bahan berikut (antaranya) :

- Daun serai wangi
- Daun Pandan
- Daun Jambu Batu
- Daun Jambu Air
- Daun Lempuyang
- Daun Mengkudu
- Campuran Akar-akar kayu
- Berbagai campuran kulit pepohon herba
- Dan berbagai jenis dedaun herba lagi
Campuran daun-daun diatas telah melalui proses pengeringan tanpa menjejaskan mutu dan khasiatnya. Tujuan pengeringan adalah supaya daun-daun tersebut tahan lama, tidak busuk dan tidak reput. Malahan sebenarnya ia tetap berfungsi seperti daun yang segar.
Bagi akar kayu dan kulit pepohon herba pula telah dibersihkan dan dikeringkan agar tidak mudah dijangkiti kulat. Campuran daun dan akar kayu ini sebenarnya adalah dari resipi warisan turun temurun yang mana khasiatnya telah terbukti dengan pengalaman bertahun-tahun dalam penyediaan barangan herba bersalin berasaskan bahan alamiah.
Khasiat dan kegunaan herba mandian sauna :
- Untuk membuang angin didalam badan
- Untuk menyegarkan urat saraf
- Untuk menyegarkan badan dan memulihkan tenaga yang lemah
- Untuk menghilangkan bau badan
- Membantu melancarkan pengeluaran susu ibu
- Sebagai aromaterapi
Cara Penyediaan :
- Basuh campuran herba mandian dengan air.
- kemudian rebus dengan 3 liter air
- Biarkan hingga mendidih.
- Kemudian air rebusan bolehlah ditapis dan dicampur dengan air biasa mengikut kepanasan yang diinginkan
- Sebungkus herba mandian ini boleh digunakan sehingga 5 kali rebusan atau sehingga ia tidak mengeluarkan warna lagi.
- Untuk mandi, seeloknya dimulakan dengan menjirus air dari bahagian kaki hingga keatas seterusnya keseluruh anggota badan termasuk kepala.
** herba mandian ini juga boleh digunakan untuk mandi sauna - iaitu dengan cara wap / stim
Berat setiap sebungkus - 100g
Dapatkan herba mandian sauna sekarang untuk mengembalikan kesegaran diri anda selepas bersalin!
ps : pssttttttt......... puas saya cuba memujuk mak cik yang membekalkan herba mandian ini untuk memberikan senarai lengkap nama daun-daun dan akar kayu yang digunakan. Tapi sampai sekarang masih tidak berjaya. Rahsia bisnes keluarga katanya :(
pps : Herba mandian sauna ini juga dibuka untuk pembelian secara borong / reseller
RM29.90