Atas » Katalog » Produk Rawatan Selepas Bersalin »


Gel Sireh Slim

Ingin mengempiskan perut anda dengan lebih cepat selepas bersalin?

Terdapat banyak Gel pelangsing dipasaran pada hari ini. Namun saya mengesyorkan anda mencuba Gel Sireh Slim kerana KELEBIHAN berikut yang tidak ada pada gel pelangsing yang lain.

  • Dibuat dari bahan-bahan berasakan herba iaitu ekstrak daun sireh. Flavournoid dan Polyphenol yang terdapat dalam daun sireh membantu menegangkan kulit yang telah kendur selepas bersalin, mengelakkan kedutan kulit dan membantu melancarkan pengedaran darah.

  • Tidak mengandungi kafein. Oleh itu ia selamat digunakan oleh ibu yang meyusukan anak.

  • Tidak berbau. Kebanyakan gel mengempiskan perut dipasaran berbau seperti minyak angin dan berbau herba. Oleh itu ia boleh dipakai sewaktu hari bekerja

  • Tidak berminyak dan tidak melekit kerana ia berasaskan air dan mudah meresap kedalam kulit untuk memberikan hasil tindak balas yang optimum

  • Membantu tubuh membakar lemak & selulit

  • Mengecutkan tisu kulit untuk membentuk tubuh kembali langsing

  • Menyingkirkan lemak melalui tindakbalas metabolic lipid secara perkumuhan

  • Memberi keselesaan kepada penggunanya kerana ia tidak berminyak

 

Kesan tindakbalas

Pemakaian yang sempurna akan memberi kesan hangat lebih dari 12 jam.

 

Cara penggunaan

  • Usapkan secara arah lawan jam pada tempat yang berlemak.

  • Untuk kesan yang lebih baik guna bersama bengkung moden dan senaman.

  • Sapukan gel Sireh Slim ini diperut dan pinggul anda setiap kali sebelum memakai Bengkung Moden.

  • PERHATIAN!!! Untuk mengelakkan anda dari menyapu gel sehingga overdose dan menyebabkan rasa pijar dan panas, sebaik-baiknya sapu sedikit dahulu dibahagian pinggang dan perut. Tunggu sekejap dan jika tidak terasa panas barulah ditambah gel lagi sehingga anda rasa panas. Rasa panas sangat bergantung kepada sama ada kulit anda jenis yang tebal atau tidak

 

Lihat apa kata mereka yang telah menggunakan Gel Sireh Slim ini 





Noraziah (Putrajaya)

Saya dah terima bengkung saya semalam. Malamnya saya pakai jel tu jer.. a'ah lah panasnya lama gak la..Pagi ni saya pakai bengkung dan jel sekali. Tapi saya pakai jel dulu... biarkan kering(meresap ke kulit la kiranya dulu) ... pastu baru saya pakai bengkung. Saya tak la letak tisu seperti yang disarankan akak tu... Pasal saya pikir payah sket la sebab saya ni bergerak aktif dan kadang-kadang memerlukan saya berlari..Memang betul panasnya tahan lama... Rasa macam pakai jel felisa gak... Aper pun saya tetap berpuas hati memakainya walaupun baru satu hari memakainya. Selama ni dah dua orang anak takder pun pakai bengkung.. dua-dua pun cesarean... Terima kasih...

*******************************************
Ehem...

Kak, saya nak cerita pengalaman saya hari sabtu tadi pula.  Sabtu tadi badan saya rasa seram-seram sejuk macam nak demam. Sebelum tu petang semalamnya lepas mandi ada pakai jel tu.  Tapikan... ni nak bagitau ni kat sesemua orang yang betapa kuatnya jel ni panasnya... Tak macam losyen yang ada di pasaran baru-baru ini.
hehehehe.... Nak tau apa jadi??? 
Memandangkan badan tu dah rasa seram sejuk saya pun berselimut la... Tidur terus..  Bila dah berselimut tu tau-tau sajalah mesti la berpeluh. Tak pakai kipas ye...  Nak tau aper jadik??  Haaa... jel yang saya petang semalam tu kat perut panas balik you.... fulamak pada masa tu...  Tak sangka kuatnya panas dia bertahan..
Lagi satu kalau kita bersenam dan berpeluh... hasilnya lagi berkesan...  Kalau dok dalam air-cond takder ler kesannya sangat...


Komen Kak Faz

Betul tu Aziah.. kalau nak kesan yang ketara seelok-elok nya pakai gel dan aktifkan badan sebab gel ni akan "bekerja" bila badan kita aktif.

Kalau dalam office berhawa dingin tu lambat lah sebab kita tak bergerak sangat. Ditambah pula dengan suhu sejuk aircond, jadi tak berapa ketara kesannya. Bagi sesiapa yang bekerja dibilik berhawa dingin tu, cuba perhatikan, masa petang balik dari kerja tu mesti perut rasa panas balik sebab masa tu kita bergerak dan berada di persekitaran yang tidak berhawa dingin.



Dapatkan gel sireh slim sekarang!

 



RM35.00 RM33.00
Produk ini dimasukkan kedalam katalog kami pada Tuesday 23 December, 2008.
Review


Pelanggan yang membeli produk ini juga membeli


Bra Menyusu - Warna peach dengan sulam

Bra Menyusu - Warna peach dengan sulam



CEMPAKA Nursing Bra - Warna coklat dengan Lace

CEMPAKA Nursing Bra - Warna coklat dengan Lace



Herba Mandian Aura

Herba Mandian Aura





CEMPAKA nursing bra - warna peach dengan lace

CEMPAKA nursing bra - warna peach dengan lace





Bra Menyusu - Bra Extender warna HITAM

Bra Menyusu - Bra Extender warna HITAM





Pemanggang Ikan bersama pelapik

Pemanggang Ikan bersama pelapik

Pilih Bahasa
Malay English
Matawang
Kategori
Troli Beli Belah
1 x Bra Extender 2 hook ~ putih & coklat
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & hitam
1 x Herba Mandian Aura
1 x Pemanggang Ikan bersama pelapik
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & putih
1 x Bra Extender dengan 2 hook ~ warna hitam
1 x Bra Extender 2 hook ~ merah jambu
1 x Bra Extender 2 hook ~ hitam & coklat
1 x Bra Extender dengan 2 hook ~ warna coklat
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & peach
1 x Bengkung Moden utk bersalin cesarean - sila order di www.bengkun
1 x Herba Mandian Aura - pakej 3 uncang
1 x Bra Extender dengan 2 hook ~ warna putih
1 x Pakej Tungku Moden & Herba Mandian
1 x Pakej Tungku Moden & Mandian Herba Aura
RM379.70

View My Cart
Maklumat
Akaun Saya
Apa yang Terbaru?
Bra Menyusu - Warna peach dengan sulam
RM34.90     RM29.90
Pemberitahuan
Pemberitahuan Beritahu saya tentang kemaskini kepada Gel Sireh Slim
Affiliate
Undian
Nursing bra manakah yang lebih anda suka?
Ada underwire
Tiada underwire