Bolehkah saya menukar saiz bra menyusu / breastfeeding bra jika saya telah order saiz yang salah?
Sudah semestinya! - cuma kembalikan bra menyusu / breastfeeding bra bersama dengan bungkusan original dan label yang masih melekat elok di bra dan letakkan nota kecil untuk saiz baru yang anda ingin tukar, pulangkan kepada kami (sila lihat Penghantaran dan Pemulangan untuk informasi lanjut). Disini kami senaraikan beberapa masalah yang biasa dihadapai apabila memilih bra menyusu / breastfeeding bra. Diharap informasi ini membantu anda ye :)
1. Cup menggelebeh?
Cuba ambil saiz cup yang lebih kecil dari yang anda pakai sekarang. Tapi jika cup menggelebeh dibahagian tengah antara cup, cuba tukar saiz untuk ukur lilit pula.
2. Terkeluar / Macam nak tumpah?
Jika ada bahagian atas atau tepi cup yang terkeluar, itu maknanya anda memakai bra yang cup nya adalah kecil. Cuba ambil saiz cup yang lebih besar.
3. Tali bra (bahagian bahu) mencengkam kebahu?
Bahagian yang paling banyak mengampu (support) buah dada adalah dibahagian bawah bra (iaitu bahagian bawah dada). Jika tali bra terutamanya dibahagian bahu memberikan cengkaman yang kuat (sampai berbekas bila anda pakai bra), cuba tukar ukur lilit ke saiz yang lebih kecil.
4. Bahagian belakang ternaik keatas?
Lihat dicermin dari bahagian tepi. Adakah bahagian belakang (bahagian bra band) sama aras dibahagian belakang? Jika ia ternaik keatas, itu bermakna anda patut cuba ukur lilit yang lebih kecil.
5. Terlalu ketat?
Bra menyusu / breastfeeding bra anda sepatutnya terasa kejap dibadan apabila dipakai. Pada waktu yang sama juga ia boleh muat 2 jari dibahagian belakang. Kerana bra mengandung (maternity bra) kebiasaannya muat untuk cangkuk yang terakhir manakala bra menyusu (breastfeeding bra) sepatutnya muat dengan anda dibahagian paling dalam cangkuk.
6. Saiz Cup yang tidak sama?
Kemungkinan ini terjadi apabila jumlah pengeluaran susu tidak seimbang banyaknya antara kedua-dua buah dada anda. Jika ini terjadi, sudah tentunya saiz cup anda juga tidak sama antara kedua belah. Pilih cup yang lebih besar. Anda boleh mengimbangi bahagian yang lebih kecil dengan cara memendekkan tali bra bra atau lapik bahagian dalam cup dengan pad menyusu atau pad bra biasa.
7. Bentuk yang baik dan menarik?
Cara terbaik untuk anda memastikan adakah bra menyusu baru memberikan bentuk yang baik ialah dengan mencubanya bersama baju yang ketat. Sewaktu mencuba bra menyusu (breastfeeding bra), cuba lihat dari semua sudut untuk memastikan tiada bahagian yang menggelebeh.
|