About Us

Salam

Sebagai seorang ibu yang menyusukan semua 3 orang anak saya sejak 6 tahun lalu, saya selalu merasakan betapa sukarnya untuk memiliki bra menyusu yang baik, yang selesa, pada harga yang berpatutan dan mampu saya miliki dan pada waktu yang sama membantu saya tampil lebih berkeyakinan dikhalayak umum.

Tempoh menyusukan anak adalah tempoh yang sangat istimewa. Ia merupakan saat dimana terjalinnya ikatan dan kasih sayang yang kuat antara mama dan si bayi. Dan bukan itu saja... saat menyusukan bayi anda adalah merupakan saat terindah bagi setiap mama. Inilah masanya anda merasakan sebagai seorang mama, isteri dan wanita yang sempurna bukan sahaja kerana berjaya melahirkan zuriat buat pasangan anda, tetapi juga berjaya menyusukan bayi anda. Sememangnya diakui oleh semua, tiada yang dapat dibandingkan dengan susu ibu - sesuatu yang tidak dapat diganti dengan wang ringgit kerana susu ibu datang bersama kasih sayang.

Tidakkah anda merasakan selepas 9 bulan hamil, inilah masanya untuk anda kembali menikmati dan menghayati hidup anda? Tempoh menyusu adalah tempoh dimana buah dada anda sememangnya kelihatan lebih penuh dan cantik daripada sebelumnya. Namun begitu, dikebanyakan masa perasaan anda itu berlalu begitu sahaja hanya kerana satu perkara... tiada bra menyusu yang seksi, cantik, selesa dan mampu anda miliki.

Pencarian anda kini berakhir disini. Kami menawarkan bra menyusu yang dibaluti kain lace yang cantik yang mampu membuatkan anda kembali seksi sebagai mama.

Namun begitu, oleh kerana website kami masih baru, berikan kami sedikit masa sebelum kami dapat memperkenalkan lebih banyak lagi bra menyusu yang menarik, cantik dan seksi... hanya untuk mama moden seperti anda!

Ingin melihat dan mencuba sendiri bra menyusu kami? Anda dijemput untuk ke alamat berikut :

No. 06-2-3 Apartment Puteri,

Jalan Mat Raji, Kg Padang Jawa

40200 Shah Alam, Selangor

HP : 017-6747408

Akhir sekali, terima kasih kerana mengunjungi laman web mamamodern.com

Teruskan
Pilih Bahasa
Malay English
Matawang
Kategori
Troli Beli Belah
1 x Bra Extender 2 hook ~ putih & coklat
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & hitam
1 x Herba Mandian Aura
1 x Pemanggang Ikan bersama pelapik
1 x Bra Extender 2 hook ~ pink & putih
1 x Bra Extender dengan 2 hook ~ warna hitam
1 x Bra Extender 2 hook ~ merah jambu
RM61.95

View My Cart
Maklumat
Akaun Saya
Apa yang Terbaru?
Bra Menyusu - Warna peach dengan sulam
RM34.90     RM29.90
Affiliate
Undian
Nursing bra manakah yang lebih anda suka?
Ada underwire
Tiada underwire